CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"WELCOME TO TERATAK QASEH AL-KHALI AKHFA"

Monday, October 27, 2008

UsTazaH SaLiNaKu SaYaNg

Assalamualaikum kepada Ustazah Salina sekeluarga dan semua sahabat2 kelas tekno. Semoga sihat dan ceria2 selalu. Terima kasih buat Ustazah Salina dan Ustaz Hashimi yang banyak membantu kami semua sepanjang pengajaran tekno dan sesi ini. Pengalaman yang ustazah berikan xkan kami lupakan sampai bila2.. kami harap ustazah xkan lupakan kami dan xjemu untuk membantu kami, berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan kami semua. Dengan ustazah kami dapat banyak ilmu yang kami tak pernah tau sebelum ini. Terima kasih sekali lagi buat Ustazah Salina. Jasamu xkan kami lupa sampai bila2..

Buat sahabat2 semua, tak lama lagi kita dah nak exam. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat2 semua. Semoga terus success..Study hard and StuD smart!!!

Thursday, October 23, 2008

WawAsaN KaMi..

Penghasilan generasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang merupakan cermin kepada kami guru-guru Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, kami guru Pendidikan Islam akan menyematkan wawasan tersebut di dalam sanubari kami semua dan menjadi azam kami dalam menyelusuri lapangan pendidikan. Kami ingin melahirkan generasi masa hadapan yang bakal menjadi modal insan kepada negara dan juga agama yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik semata-mata malah cemerlang dalam semua aspek dalam kehidupan. Selain itu, kami ingin menjadikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang mudah untuk dipelajari dan digemari serta dapat dihayati dalam kehidupan seharian dan juga membentuk akhlak para pelajar selari dengan tuntutan al-Quran dan Hadith. InsyaAllah..Wallahu a'lam.

Friday, October 17, 2008


1. Teknologi Dalam Pendidikan

Berdasarkan beberapa pendapat, dapatlah disimpulkan bahawa Teknologi merupakan penerapan (aplikasi) dari sains yang bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia dan mempercepatkan pencapaian tujuan dari setiap kegiatan yang akan dilakukan. Sedangkan pendidikan dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang formal atau yang bukan formal. Dalam hal ini pendidikan diertikan secara alternatif sebagai usaha sadar yang dilakukan oleh keluarga, masyarakat dan pemerintah melalui kegiatan bimbingan, pengajaran, dan atau latihan yang berlangsung di sekolah dan di luar sekolah sepanjang hayat untuk mempersiapkan pendidik agar dapat memainkan peranan dalam berbagai lingkungan hidup secara tepat di masa yang akan datang.

Teknologi dalam pendidikan mencakupi setiap kemungkinan prasarana yang dapat digunakan untuk menyajikan informasi dalam pendidikan dan latihan. Ellington (1989) menyatakan bahwa teknologi dalam pendidikan pada dasarnya adalah hasil teknologi pendidikan yang dipopularkan dengan nama alat bantu pandang dengar (audiovisual aid). Selanjutnya dikembangkan dalam pembelajaran untuk pencapaian tujuan pembelajaran tertentu. Teknologi dalam pendidikan merupakan perpaduan Aspek Teori Dalam Pendidikan, Aspek Hardware dan aspek software.

2. Pemanfaatan Teknologi Dalam Pendidikan

Pengguanaan teknologi telah lama wujud seiring dengan perkembangan dan aspeknya. Eric Hasby mmenyatakan bahawa revolusi dalam pendidikan menjadi 4, yaitu: Pertama, saat masyarakat mendiferensiasikan peranan orang dewasa, Kedua, digunakannya tulisan sebagai sarana pendidikan, Ketiga, ditemukannya mesin cetak dan Keempat, penggunaan teknologi canggih sebagai perkembangan bidang elektronik. Dari apa yang dialami ternyata bahawa terdapat hubungan timbal balik antara teknologi dan pendidikan, hal ini lebih terkhusus lagi dengan teknologi komunikasi.

Kecenderungan pendidikan yang dikaitkan dengan perkembangan teknologi komunikasi dikemukakan Miarso dan Iskandar (1974) sebagai berikut :

a. Kecenderungan pendidikan sepanjang jaga

b. Pendidikan gerak cepat tetapi tepat

c. Pendidikan yang mudah dicerna dan diresapi

d. Pendidikan yang memikat hati

e. Penyebaran pusat pendidikan

f. Pendidikan mustari (tepat pada saat penyampaiannya)

g. Pendidikan yang murah

Kegunaan teknologi dalam pendidikan dinyatakan sebagai berikut :

a. meningkatkan produktiviti pendidikan

b. memungkinkan pendidikan individual

c. memberikan dasar yang lebih ilmiah terhadap pengajaran

d. lebih memantapkan pengajaran

e. memungkinkan belajar seketika

f. memungkinkan penyajian pendidikan lebih luias dan merata

Agar penggunaan teknologi dalam pendidikan tepat sasaran, maka pengelola pendidikan harus mengetahui klasifikasi teknologi dalam pendidikan, di antaranya : teknologi tingkat rendah, media audiovisual, format komputer, telekomunikasi dan teknologi lunak.

3. Implementasi Teknologi Dalam Pendidikan

Implementasi teknologi dalam pendidikan dapat dilihat pada sektor berikut


a. Pendidikan Dasar dan Menengah, teknologi diharapkan mempengaruhi peningkatan motivasi, menguatkan pengajaran, meningkatkan lingkungan psikologi di dalam kelas

b. Pendidikan Tinggi, penggunanan teknologi dimaksudkan untuk merangsang dan memotivasi mahasiswa dalam mengembangkan intelektualnya sehingga dapat mengembangkan penelitian dan pengembangan ilmu baik teori maupun amali.

c. Belajar Jarak Jauh, menyediakan media perantara antara pelajar dan lembaga pendidikannya

d. Pendidikan Luar Biasa, berfungsi sebagai alat bantu bagi anak-anak yang istimewa

e. Pendidikan dan Latihan, berpengaruh langsung terhadap persiapan tenaga kerja yang semakin kompleks untuk menghasilkan tenaga terampil


f. Dalam Pendidikan Matematik, hal ini berkaitan dengan program-program yang telah disiapkan, alat peraga dan penyelesaian soal-soal

g. Dalam Pendidikan Sains, beruapa aplikasi program komputer dan sistem pemodelan

h. Dalam Pendidikan Bahasa, berkaitan dengan penulisan, mendengarkan, telekomunikasi dan lainnya.

Kesimpulan
Teknologi dalam pendidikan merupakan sebahagian dari konsep teknologi pendidikan yang berupa media untuk memperlancar kegiatan insteraksi. Potensi penggunaan teknologi dalam pendidikan berkaitan dengan usaha peningkatan produktivitti pendidikan, memungkinkan pendidikan bersifat individual, cepat dan lainnya. Implementasi teknologi dalam pendidikan hendaklah selektif sesuai dengan konteks sesuai karakteristik pelajar dan tingkat kognitifnya.

Ranking UNiversiti Malaya

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds).

Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264.

Pemangku Naib Canselor UM Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad berkata peningkatan ranking itu menunjukkan pelan strategik UM yang dilaksanakan dua tahun lepas di bawah kepimpinan Naib Canselor Datuk Rafiah Salim dan komitmen kakitangan selama ini telah membuahkan hasil.

Beliau berkata universiti menyokong penuh Kementerian Pengajian Tinggi dalam merealisasikan aspirasi nasional untuk mempunyai satu atau lebih universiti yang disenarai dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2010.

-- BERNAMA

USM granted apex status

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) has been granted apex status and hundreds of millions of ringgit in additional funding to transform it into Malaysia's first world-class university.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that both quantitative and qualitative criteria were used to select USM under the accelerated programme for excellence (apex).

"The selection committee evaluated each university's state of readiness, transformation plan and preparedness for change.

"After a thorough evaluation, the committee decided that only one university truly met all the criteria, namely USM,'' said Khaled Wednesday in a press conference at his ministry. The Cabinet agreed to the decision at its meeting on Aug 27.

The university given apex status is one that has the greatest potential among Malaysian universities to be world-class, and as such, would be given additional assistance to compete with top-ranked global institutions, added Khaled.

With apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' time and top 100, if not top 50, by 2020, he said.

In last year’s Times Higher Education-QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) was the highest ranked Malaysian university at 246, followed by USM at 307, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) at 309 and Universiti Putra Malaysia (UPM) at 364.

A selection committee headed by former Universiti Malaysia Sarawak vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Zawawi Ismail short-listed USM, UM, UKM and UPM.

USM's transformation plan, entitled Transforming Higher Education For A Sustainable Tomorrow focused, among other things, on diagnostics, medical biotechnology, waste management, pharmaceuticals, nano technology, carbon nanotube, membrane technology and vaccinology.

"I hope the apex status will spur other universities to strive for excellence too. It's not about selecting the oldest university but choosing one with a doable plan that can help us transform our higher education,'' said Khaled when asked why UM was not selected.

The other universities that applied for apex status were International Islamic University Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas and Universiti Tenaga Nasional.

Khaled said that two more apex institutions would be selected among centres of excellence and newer, more specialised universities.

Thursday, October 16, 2008

Di sebalik kemeriahan rumah terbuka

Zahir rasa kesyukuran

Menurut Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, konsep rumah terbuka ini tidak salah di sisi Islam. Cuma, yang menjadi salahnya apabila ia bercanggah dan berlawanan dengan syarak.

“Salah satu cara untuk menzahirkan rasa kesyukuran adalah dengan ziarah menziarahi. Islam sendiri tidak pernah menghalang untuk kita membuat rumah terbuka. Ia seperti jemputan kenduri juga, namun perkara perlu diberi perhatian ialah konsep rumah terbuka itu sendiri.

“Aidilfitri itu adalah kurniaan Allah dan ia sendiri bermaksud kembali kepada fitrah, bersih dan diampunkan dosa-dosa di bulan Ramadan. Banyak perkara yang tidak sesuai dilakukan. Jadi, bila membuat rumah terbuka, biarlah jangan berlaku perkara berlawanan dengan Aidilfitri itu. Banyak perkara yang tidak sesuai seperti berhibur dengan cara melampau, mendedahkan aurat, membazir dan pelbagai perkara lain yang tidak sesuai dengan syarak.

“Kemudian, ada pula majlis-majlis yang diadakan, tetamu datang dengan pakaian yang tidak sesuai. Generasi muda kini tidak dititikberatkan. Tidak menutup aurat, malah mengadakan persembahan yang tidak sesuai. Jadi, ia tidak melambangkan ibadah. Kita disuruh bergembira, dan saling berziarah, tetapi bukanlah bergembira atau menyambut perayaan semata-mata. Ini juga perkara yang perlu diberi perhatian.

“Konsep Aidilfitri itu ibadah dan ia sebagai tanda kesyukuran dibersihkan dosa. Kita tak tau dosa-dosa kita semua dibersihkan, tetapi mudah-mudahan saja kita dibersihkan dari dosa. Memang baik, jemput orang datang ke rumah dan saling menziarah. Yang berziarah, dapat pahala dan yang menjemput juga dapat pahala. Masing-masing dapat pahala. Tetapi, dalam masa yang sama jangan sampai melanggar syarak. Silap-silap tidak dapat pahala, barangkali dosa pula, nauzubillah,” komen Ustaz Azhar Tuarno.

Tambahnya lagi, selain beribadah dan menzahirkan rasa kesyukuran, rumah terbuka ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, mengeratkan yang jauh dan hubungan kekeluargaan.

“Yang jauh didekatkan, yang dekat kita mesra-mesrakan. Maklum sahaja, tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul dan bertemu setiap hari. Kadang-kala, setahun sekali baru dapat berjumpa. Ini dituntut dan menjadi sunnah Nabi s.a.w. Ia perlu diteruskan. “Tambahan, rumah terbuka ini merupakan aktiviti komuniti yang baik. Lebih baik lagi kerana di zaman sekarang ini ramai yang suka hidup bersendirian sehingga membataskan hubungan mereka dengan orang di sekeliling, hubungan sesama manusia. Mereka lebih senang bergantung hidup pada teknologi dan ia memang satu gejala yang kurang sihat. Perlu diperbetulkan demi masyarakat dan generasi yang akan datang.

“Nabi sendiri, kalau pergi ke tempat sembahyang raya, baginda akan pergi dan balik mengikut jalan yang berbeza agar sepanjang perjalanan pergi dan baliknya nanti, baginda akan dapat berjumpa dengan ramai orang. Baginda juga, akan membuat sembahyang raya di kawasan lapang supaya semua umat Islam tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, lelaki mahupun wanita, boleh datang dan mendengar khutbah, bersembahyang dan berjumpa dengan orang ramai. Inilah konsep silaturahim.

“Dan, jangan lupa cabaran di zaman kini. Media massa sekarang, terutama media elektronik merencanakan pelbagai program menarik dan berbentuk hiburan. Jadi, orang susah nak keluar kerana lebih senang berhibur di rumah, di depan televisyen. Padahnya, saudara mara sendiri, jiran tetangga dan rakan lama tidak kenal dan dilupakan. Inilah kesunyian masyarakat sekarang. Sudah terang ia satu gejala yang tidak sihat.,” tambah Ustaz Azhar lagi.

Jerit perih pembikinan Teratak Qaseh Al-Khali Akhfa

Sejerih-jerih pengalaman pembikinan blog, pengalaman inilah bagi kumpulan kami cukup memeritkan tekak dan jantung kami..blog kami habis musnah angkara tangan dan mata yang mahu melihat blog yang berwarna warni...kami dengan penuh berani dan egoisnya telah menukar template asal kumpulan kami..jadi ape yang berlaku????BOOMM..maka hilanglah semua keindahan yang kami harapkan, yang tinggal hanya serpihan luka dan duka dihati dan jiwa yang luka berdarah..hancur...pedih...luluh.. dan aduhhh tersiksa jiwa..maklumat-maklumat dan link yang telah dibuat semuaya hilang ditelan masa dan kekhilafan diri..pelbagai usaha dilakukan untuk mengembalikan blog kesayangan kami yang asal, namun semua usaha hanya tinggal debu-debu kota dan buih-buih kecil di lautan luas..

Seterusnya langkah drastik yang dilakukan ialah cuba untuk membuat blog yang baru..namun tidak tahu dimana salah dan silap kami, blog baru juga mempunyai masalah tersendiri..yang paling memeritkan ketika langkah awal membuat blog baru ialah pemilihan username dan password..MASYAALLAH...apa yang dah jadi ni.. hanya Allah sahaja yang tahu...beratus password ditrynya, tapi semua hampa belaka..naik lenguh tangan menaipnya..tapi akhirnya berjaya juga..tapi ade lagi serpihan duka dihati, blog kami tak serupa bikin, blog kami tidak mempunyai layout (Add gadjet) tapi template...masalah besar juga tu..(bagi kami bertiga la) beribu-ribu kali dicubanya, tapi sia-sia..akhirnya kata putus diambil untuk bertanya kepada tuan guru blog iaitu Encik Kamarul Nizam atau Qarm (kat moto)..sejam juga perbincangan akhirnya dapatla ilmu dan blog yang baru muncul lagi.. maka muncullah TERATAK QASEH AL-KHALI AKHFA...Aminnn..harap2 dah xde masalah lepas ni..hehe

SMPI Raya '08

Assalamualaikum..ape khabar semua kawan-kawan? Diharap sihat-sihat sokmo deh..keluar loghat Kelantan sikit...hehe
Tanggal 11 Oktober 2008 SMPI bacth 05/06 telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri yang bertempat di padang depan fakulti Engineering dibawah rimpunan pokok yang berhamparkan permaidani yang menghijau (rumput..hehe) seronok sangat suasana masa tu..meriah giler kata orang rockz....bestla sebab ramai kawan-kawan yang hadir..makanan pulak jenuh sampai tak mampu nak makan..hehe. macam-macam aktiviti yang ada pada majlis tu..semua kawan-kawan sporting bila buat aksi masa permainan kotak beracun tu ..ada yang menyanyi, berlakon dan macam-macam lagi..tak habis kalau bercerita kat blog ni...ada juga sambutan hari lahir bulan Oktober..Fauziah termasuk la..19 Oktober 1985..ha tak lama lagi tarikh tu..ingat2 la ek..boleh jugak dapat hadiah free kan..lama juga majlis tu berlangsung...di akhir majlis ada sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan..semoga dengan adanya majlis seperti itu dapat mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.



Carilah CINTA Hakiki

Sekiranya kita cinta kepada manusia, Tak semestinya manusia cinta kepada kita, Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, Nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia, Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai ORANG yang kita cintai, Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, Kita akan turut mencintai ORANG yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga.

Ya Allah, Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu, dan campakkanlah dalam hatinya, Cinta kepadaku adalah kerana-Mu. Namun…

Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, Berikanlah ku kekuatan agar pasrah Dalam mengharungi ujian, Yang kau berikan kepadaku.Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya rabbul izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ayat-ayat Cinta

To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”


To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.


To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.


To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.


To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.


To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.


To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.


To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.


To My Friends Who Are…AFRAID TO
CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.


To My Friends Who Are…STILL HOLDING ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.


To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!


Three things never return:
the past, the neglected opportunity,
and the spoken word

Selautan harapan selangit nurani

Api itu tetap menyala
menyemarakkan sanubari perjuangan
antara zahir dan batin
dalam irama tarian ketegasan
kelembutan mendidik anak-anak watan
mengasuh anak-anak bangsa
mendirikan rumah ilmu
membina hati budi
adab sopan yang tinggi.

Itulah perjuangan
walau getir
mendayung sampan pendidikan
untuk sampai ke tepian
mencari kepuasan.

Apabila kejayaan meniti kecemerlangan
itulah kepuasan
melebar sebaris senyuman
dari bibir seorang pendidik
yang sering berjuang.

Selamat Hari Raya Aidifitri

Mungkin belum terlewat untuk kami menghulurkan salam Aidilfitri buat Ustazah Salina sekeluarga dan semua sahabat-sahabat.. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari kami bertiga, Norhayati Mat Jusoh, Zuliazwa Zakaria, Fauziah Mat Hassan.. kita telah berperang melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan baru-baru ini. kini, Syawal pula mengunjungi kita semua. semoga sinar Ramadhan masih ada dalam sanubari kita. sambutlah ketibaan Syawal dengan penuh kesyukuran. bagi para sahabat yang membuat majlis rumah terbuka jemputlah semua sahabat-sahabat kerumah... insyaallah kami sampai..tapi, seronok2 jugak.janganlah kita lupamengambil berkat bulan Syawal..sama-sama lah kite berpuasa ..puasa enam di bulan Syawal banyak barakahnya.. sama seperti puasa setahun penuh...rasanya semua sedia maklum kan..assalamualaikum..

Wednesday, October 15, 2008

Titis-titis pengalaman

Penyediaan modul pengajara

First sekali, kumpulan kami diberikan tiga tajuk pendidikan Islam Tingkatan 2 bab Sirah dan Tamadun Islam iaitu Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Pening jugak nak buat tiga modul, 3 Rp, 3p, 3 soalan pretest, pendek kata 3 blako.yela ade group yang dapat satu tajuk..jeles giler kami. ..
segho nak pecah palo pikir..guano nak buat..tension2.. tapi di sebalik kesusahan tu, ada hikmah yang tersembunyi..pelbagai pengalaman kami dapat sebenarnya..terima kasih pada Ustazah Salina yang tidak jemu-jemu membantu kami..


Ustazah Salina bagi peluang kat semua siswa mengajar kat SMK Dato Harun..pengalaman berharga buat kami semua..setiap group perlu mengajar kat sekolah tu..ape lagi masing-masing excited la..real mengajar tu,bukan selalu dapat kan..so masing2 buat persediaan dan cuba buat yang terbaik..serabut kepala la group kami nak pilih tajuk untuk mengajar. maklumlah 3 modul, tambahan pulak semua modul best-best belaka..hehe. Akhirnya, termeterailah persetujuan di antara kami bertiga dan tajuk Saidina Ali Karamallahu Wajhah menjadi pilihan tajuk modul untuk pengajaran kami.

Perjalanan kami ke SMK Dato' Harun (SMKDH) dengan menaiki teksi je..maklumlah xde kenderaan..kenderaan awam pun oklah..huhu.jap je perjalanan, xsampai pun setengah jam..pejam xsempat nak celik pun,aik dah sampai.hehe. Sesampainya kami depan gate SMKDH, kami disambut mesra oleh pak guard sekolah tu dan dibenarkan masuk ke sekolah.

Pada mulanya kami agak terpinga-pinga kat mana nak cari Ustazah Salina… ke mana nak tuju… masa nak mengajar dah dekat… tapi kami agak bernasib baik sebab Yati dah pernah ke sekolah tersebut sebelum nie atas urusan lain so tau lah mana pejabat… kami ada bertanya pada murid-murid yang lalu-lalang, kat mana Ustazah Salina… then murid-murid tu bagi tau Ustazah tengah mengajar lagi dalam class…

Kemudian, kami di beri satu class kosong dan Ustazah Salina datang untuk menyediakan LCD dan laptop kepada kami …punye la tak tau teknologi..nak pasang tu pun tak tau..tunggu je dalam kelas, tunggu Ustazah yang datang pasang..isk2 teruk (3x) (versi Upin Ipin)..tunggu punya tunggu then datang lah 8 orang murid tingkatan dua untuk mengikuti sesi pengajaran kami…termenung sekejap .. tak tau nak wat apa.. tak tau nak ngajar apa.. sebab ingatkan full 1 class tapi juz 8 orang jer..pompuan pulak semua..mane la student lelaki..dah pupus ke... tetiba je jadi tak tau macam mana nak ngajar…kaget orang indon kata..('')

Titipan pengajaran

Lepas dah set up LCD, ustazah Wawa pun mulakan pengajaran dengan set induksi… iaitu tayangan video kanak-kanak Palestin… murid2 tuu bagi tumpuan pada video yang kami tayangkan…then disusuli dengan soalan2 yang menjurus kepada tajuk yang nak kami ngajar…budak2 tu macam tak nak cakap bila di tanya…diam.. macam blank pun ada… macam2 gak tanya nak tarik minat diorang…masa tayangan vedio tu ada sikit problem..bkn LCD tapi cahaya yang datang dari tingkap kelas tu mengganggu sikit. tapi keseluruhan okla alhamdulillah..



Then giliran ustazah Fauziah, dia buat aktiviti..senaman..,hehe. bagi murid-murid tu regangkan otot sikit.. murid-murid tu dah mula excited bercakap dan bagi respon pada pengajaran… tapi ada gak yg malu2, maybe malu coz first time jumpa kami… guru baru lagi hehehe…Fauziah dapat mengajar dengan lancar … bila wat pengukuhan pun diorang dapat jawab…...alhamdulillah, murid-murid tu dah boleh terima kehadiran kami yang tidak diundang ni..hehe

Last sekali, tiba giliran ustazah Yati untuk mengajar… ustazah Yati nampak murid2 nie macam dah boring sikit.. then ustazah Yati buatla aktiviti nyanyian..suruh budak2 tuu bangun dan nyanyikan satu lagu jihad sebab nak kaitkan dengan tajuk Saidina Ali dengan lebih berkesan..nak tau tak macam mane lagu tu..ha macam ni..

sir ilal amam, sir ilal amam, bi nasyatin wadawam, nahnu tullabul ma'aarij, nahnu tullabul murab, bihimmatin tuzalziluljibal (2x)...

Then ustazah Yati sambung lagi ngajar… kemudian wat sikit latihan pengukuhan… Alhamdulillah semua dapat jawab dengan baik…lastly kami minta semua murid2 bagi sikit komen pada pengajaran kami…hehe diorang macam malu2 nak tulis…alhamdulillah, komen yang kami terima cukup membina daripada semua…pengajaran best, diorang dapat faham… tapi bahasa yang kami guna agak tinggi membuatkan diorang terkeliru sikit…Insyaallah akan diperbaiki pada masa depan..segala pengalamn emas kami akan ingat sampai hari bila-bila..


Sekian sahaja pengalaman kami mengajar…best kan jadi cikgu, Ustazah pulak tu...terima kasih kepada Ustazah Salina yang memberi peluang kepada kami semua..

On de way ke SMK Dato Harun...(kenderaan awam malaysia)

Nak dengar citer?? haaa.. ni pengalaman pertama kumpulan kami pergi ke sekolah SMK Dato Harun.. Wawa, Fauziah dan Yati bertolak dari UM dengan menaiki kenderaan awam..teksi, pada perancangan awalnya kami bertiga nak naik train mcm cadangan ustazah yang pertama tapi bila kawan-kawan yang dah gi sekolah tuu berkongsi pengalaman dengan kami maybe lebih mudah untuk ke sekolah dengan menaiki teksi saja. yang kelakarnya.....Yati n Fauziah tunggu teksi dekat depan 11th n Wawa tunggu kat 5th college... bila Yati dan Fauziah dah naik teksi terus call Wawa dan suruh Wawa turun coz teksi dah sampai, punya la lama tunggu wawa bersiap..cun habis, meletup2...hehehe. Kemudian, kami pun teruskan perjalanan. Di sepanjang perjalanan dalam teksi kami meluahkan perasaan masing-masing kerana excited sangat di tambah perasaan gementar nak mengajar... yelah kan???dah le tak prepare sangat pun nak buat intonasi yang macam mane..dah nak buang air pun ade punye gelabah.. first time nak ngajar real budak2 sek men. besar dan tingginya lebih kurang sama dengan kami je....hehe... Wawa tak abih2 dok bina ayat untuk stat sebab Wawa orang first yang akan ajar untuk set induksi....hehe...diikuti dengan Fauziah then giliran yati...perjalanan tu makan masa lebih kurang 20 minit gak ler tapi rasa macam 2 minit jer...pejam celik pejam celik dah sampai.. hehe takut punya pasal....then kami pun sampai ke hadapan gate sekolah... Ya Allah berdebarnyerrr.....macam nak tercabut tangkai jantung ..huhu tragis kan

Pengalaman mikroteaching

Ni lagi best nyer cite...gee dan lin satu group untuk mikro teaching Pendidikan Islam..kene ajar tingkatan dua tajuk Ilmu Penyuluh Kehidupan..ayat kefahaman..punye la takde pengalaman sebelum ni nak ngaja bab tilawah..dah la tu group first..takut tu jangan cite la..kene ajar after semester break..ya Alllah dalam masa cuti tu tak senang duduk kami..menggeletar lutut2 dan mata2..ade gak ustaz bagi peluang nak tukar no giliran tapi berserah jela mungkin ade rahmat yang tersembunyi..kan kan...hari sebelum kejadian tu, tak senang tido, makan pun tak selera, rancangan pangajaran harian kat 5 kali edit, tak puas2 hati, naik lenguh tangan menulisnyer....tapi ade kebaikan kan..hasilnya kene puji gak rp, tersusun ustaz kata..alhamdulillah...masa ngajar pulak mulut terketar2 n tangan kaki pun main peranan la, duk tak diam nak goyang..tapi alhandulillah dah settle..tunggu result je nak failed ke dapat A..harapnya A la kan..usaha tangga kejayaan...pengajaran menarik ustaz kata walaupun group first..ustaz tak tegas sgt coz group 1, bagi peluang kan...alhamdulillah tu la hikmah group first...komen dari kawan2 pun bagus, membina semangat nak ngajar lagi best lagi masa akan datang..itu la harapan gee dan lin...wawa tak kena ngajar lagi, dia PQ, yati plk after raya..hahaha.rasakan kamu yati kena ngaja pulak..bye..adios..hari Selasa 21.10 08 tarikh keramat Yati la tu..doakan erk..

Alhamdulillah berhasil juga karya kami

Harie nie 19/9 class tekno belajar buat blog sendiri...wawa sorang2 jer ditemani Kak Fiza..kami diajar oleh Kamarul n Hidayat. Satu-satu diorang ajar kami sume..mula2 masukkan semua butir-butir peribadi kumpulan tapi yang payah sikit nyerr... nak pilih blog address.huhu...yela dah sorang2 pikir kan..alhamdulillah dah siap..tapi tu pengalaman pada hari 19/9/08

Sebelum ni kami tiga org memg zerola bab2 blog ni.. tp Alhamdulillah dengan bantuan Kamarul dan Hidayat, kami dapat kenal ape tu blog..time kasihla kat diorang..

Diaorang memang macam cikgu, ajar kami start dari masukkan maklumt peribadi, then camne nak jadikn blog menarik..mekup2 sikit masukkan kalender..masukkan picture macam mana..link ke suratkhabar dan macam2 lagila..camne nak masukkn bende baru..sume diajar..macam2 ade dalam blog ni..pendek kata best la..Ust Salina memang sangat kreatif dalam mengajar kami, macam2 benda baru kami dapat..memang syukur sgt2..nasib baik ambik Tekno PI sem ni..

Bila dah try and error banyak kali, fasih la jugak macam man a nak buat blog ni...dah boleh masukkan macam2, mula excited nak masukkan macam2..dah pandai explore sendiri dah.setitis ilmu sejuta manfaat kan..nanti boleh la kalau nak ajar kat orang lain pulak..kongsi ilmu..so ape lagi kawan2 lawat la blog kami selalu erk...


Ramadhan al-Mubarak...

Hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meniggalakan kita semua....hanya secebis lagi kesempatan yang tinggal untuk kita memohon "Magfirah" padaNya dengan keberkatan bulan Ramadhan ini...rebut lah ianya sebaiknya...entah mungkin entah tidak kita bisa ketemu dengan Ramadhan yang akan datang...mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita???oleh yang demikian sahabat-sahabat semua...bermohon segala pengharapan daripadanya...sesama insani juga jangan disia-siakan...bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita...Salam Mubarak....