CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"WELCOME TO TERATAK QASEH AL-KHALI AKHFA"

Thursday, October 16, 2008

Jerit perih pembikinan Teratak Qaseh Al-Khali Akhfa

Sejerih-jerih pengalaman pembikinan blog, pengalaman inilah bagi kumpulan kami cukup memeritkan tekak dan jantung kami..blog kami habis musnah angkara tangan dan mata yang mahu melihat blog yang berwarna warni...kami dengan penuh berani dan egoisnya telah menukar template asal kumpulan kami..jadi ape yang berlaku????BOOMM..maka hilanglah semua keindahan yang kami harapkan, yang tinggal hanya serpihan luka dan duka dihati dan jiwa yang luka berdarah..hancur...pedih...luluh.. dan aduhhh tersiksa jiwa..maklumat-maklumat dan link yang telah dibuat semuaya hilang ditelan masa dan kekhilafan diri..pelbagai usaha dilakukan untuk mengembalikan blog kesayangan kami yang asal, namun semua usaha hanya tinggal debu-debu kota dan buih-buih kecil di lautan luas..

Seterusnya langkah drastik yang dilakukan ialah cuba untuk membuat blog yang baru..namun tidak tahu dimana salah dan silap kami, blog baru juga mempunyai masalah tersendiri..yang paling memeritkan ketika langkah awal membuat blog baru ialah pemilihan username dan password..MASYAALLAH...apa yang dah jadi ni.. hanya Allah sahaja yang tahu...beratus password ditrynya, tapi semua hampa belaka..naik lenguh tangan menaipnya..tapi akhirnya berjaya juga..tapi ade lagi serpihan duka dihati, blog kami tak serupa bikin, blog kami tidak mempunyai layout (Add gadjet) tapi template...masalah besar juga tu..(bagi kami bertiga la) beribu-ribu kali dicubanya, tapi sia-sia..akhirnya kata putus diambil untuk bertanya kepada tuan guru blog iaitu Encik Kamarul Nizam atau Qarm (kat moto)..sejam juga perbincangan akhirnya dapatla ilmu dan blog yang baru muncul lagi.. maka muncullah TERATAK QASEH AL-KHALI AKHFA...Aminnn..harap2 dah xde masalah lepas ni..hehe

0 comments: