Penyediaan modul pengajara
First sekali, kumpulan kami diberikan tiga tajuk pendidikan Islam Tingkatan 2 bab Sirah dan Tamadun Islam iaitu Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Pening jugak nak buat tiga modul, 3 Rp, 3p, 3 soalan pretest, pendek kata 3 blako.yela ade group yang dapat satu tajuk..jeles giler kami. ..segho nak pecah palo pikir..guano nak buat..tension2.. tapi di sebalik kesusahan tu, ada hikmah yang tersembunyi..pelbagai pengalaman kami dapat sebenarnya..terima kasih pada Ustazah Salina yang tidak jemu-jemu membantu kami..
Ustazah Salina bagi peluang kat semua siswa mengajar kat SMK Dato Harun..pengalaman berharga buat kami semua..setiap group perlu mengajar kat sekolah tu..ape lagi masing-masing excited la..real mengajar tu,bukan selalu dapat kan..so masing2 buat persediaan dan cuba buat yang terbaik..serabut kepala la group kami nak pilih tajuk untuk mengajar. maklumlah 3 modul, tambahan pulak semua modul best-best belaka..hehe. Akhirnya, termeterailah persetujuan di antara kami bertiga dan tajuk Saidina Ali Karamallahu Wajhah menjadi pilihan tajuk modul untuk pengajaran kami.
Perjalanan kami ke SMK Dato' Harun (SMKDH) dengan menaiki teksi je..maklumlah xde kenderaan..kenderaan awam pun oklah..huhu.jap je perjalanan, xsampai pun setengah jam..pejam xsempat nak celik pun,aik dah sampai.hehe. Sesampainya kami depan gate SMKDH, kami disambut mesra oleh pak guard sekolah tu dan dibenarkan masuk ke sekolah.
Pada mulanya kami agak terpinga-pinga kat mana nak cari Ustazah Salina… ke mana nak tuju… masa nak mengajar dah dekat… tapi kami agak bernasib baik sebab Yati dah pernah ke sekolah tersebut sebelum nie atas urusan lain so tau lah mana pejabat… kami ada bertanya pada murid-murid yang lalu-lalang, kat mana Ustazah Salina… then murid-murid tu bagi tau Ustazah tengah mengajar lagi dalam class…
Kemudian, kami di beri satu class kosong dan Ustazah Salina datang untuk menyediakan LCD dan laptop kepada kami …punye la tak tau teknologi..nak pasang tu pun tak tau..tunggu je dalam kelas, tunggu Ustazah yang datang pasang..isk2 teruk (3x) (versi Upin Ipin)..tunggu punya tunggu then datang lah 8 orang murid tingkatan dua untuk mengikuti sesi pengajaran kami…termenung sekejap .. tak tau nak wat apa.. tak tau nak ngajar apa.. sebab ingatkan full 1 class tapi juz 8 orang jer..pompuan pulak semua..mane la student lelaki..dah pupus ke... tetiba je jadi tak tau macam mana nak ngajar…kaget orang indon kata..('')
Titipan pengajaran
Lepas dah set up LCD, ustazah Wawa pun mulakan pengajaran dengan set induksi… iaitu tayangan video kanak-kanak Palestin… murid2 tuu bagi tumpuan pada video yang kami tayangkan…then disusuli dengan soalan2 yang menjurus kepada tajuk yang nak kami ngajar…budak2 tu macam tak nak cakap bila di tanya…diam.. macam blank pun ada… macam2 gak tanya nak tarik minat diorang…masa tayangan vedio tu ada sikit problem..bkn LCD tapi cahaya yang datang dari tingkap kelas tu mengganggu sikit. tapi keseluruhan okla alhamdulillah..
Then giliran ustazah Fauziah, dia buat aktiviti..senaman..,hehe. bagi murid-murid tu regangkan otot sikit.. murid-murid tu dah mula excited bercakap dan bagi respon pada pengajaran… tapi ada gak yg malu2, maybe malu coz first time jumpa kami… guru baru lagi hehehe…Fauziah dapat mengajar dengan lancar … bila wat pengukuhan pun diorang dapat jawab…...alhamdulillah, murid-murid tu dah boleh terima kehadiran kami yang tidak diundang ni..hehe
Last sekali, tiba giliran ustazah Yati untuk mengajar… ustazah Yati nampak murid2 nie macam dah boring sikit.. then ustazah Yati buatla aktiviti nyanyian..suruh budak2 tuu bangun dan nyanyikan satu lagu jihad sebab nak kaitkan dengan tajuk Saidina Ali dengan lebih berkesan..nak tau tak macam mane lagu tu..ha macam ni..
sir ilal amam, sir ilal amam, bi nasyatin wadawam, nahnu tullabul ma'aarij, nahnu tullabul murab, bihimmatin tuzalziluljibal (2x)...

Then ustazah Yati sambung lagi ngajar… kemudian wat sikit latihan pengukuhan… Alhamdulillah semua dapat jawab dengan baik…lastly kami minta semua murid2 bagi sikit komen pada pengajaran kami…hehe diorang macam malu2 nak tulis…alhamdulillah, komen yang kami terima cukup membina daripada semua…pengajaran best, diorang dapat faham… tapi bahasa yang kami guna agak tinggi membuatkan diorang terkeliru sikit…Insyaallah akan diperbaiki pada masa depan..segala pengalamn emas kami akan ingat sampai hari bila-bila..
Sekian sahaja pengalaman kami mengajar…best kan jadi cikgu, Ustazah pulak tu...terima kasih kepada Ustazah Salina yang memberi peluang kepada kami semua..
0 comments:
Post a Comment