CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"WELCOME TO TERATAK QASEH AL-KHALI AKHFA"

Thursday, October 23, 2008

WawAsaN KaMi..

Penghasilan generasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang merupakan cermin kepada kami guru-guru Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, kami guru Pendidikan Islam akan menyematkan wawasan tersebut di dalam sanubari kami semua dan menjadi azam kami dalam menyelusuri lapangan pendidikan. Kami ingin melahirkan generasi masa hadapan yang bakal menjadi modal insan kepada negara dan juga agama yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik semata-mata malah cemerlang dalam semua aspek dalam kehidupan. Selain itu, kami ingin menjadikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang mudah untuk dipelajari dan digemari serta dapat dihayati dalam kehidupan seharian dan juga membentuk akhlak para pelajar selari dengan tuntutan al-Quran dan Hadith. InsyaAllah..Wallahu a'lam.

0 comments: